kelopak bunga

Kembali Menyintai..

.....بسم الله.....




Assalamualaikum semua.. Aisyah ade bace stu kisah dari satu blog yg dpt memberi pengajaran kepada korang semua...semoga korang dapat mengambil pengajaran yang tersisip di kisah yang Aisyah akan tnjukkan di bawah ini..SELAMAT MEMBACA ^_^



KEMBALI MENYINTAI...




Bicara dua orang sahabat..

“ Lina, anti paling sayang siapa dalam hidup anti?”

“ Ape nie Dhia.. mesti la Allah, pas tu, mak ayah aku, & kawan-kawan aku” , sambil mengerling ke arah sahabatnya itu.

“ Em..tp..pakwe anti? anti tak sayang dia ka?”

“ Err..mesti la aku sayang dia Dhia..dia buah hati aku..”

“ Lina..mesti anti jaga gila buah hati anti tu kan?”

“ Haha..mesti la. Aku tak akan buat dia sakit hati dengan aku, aku akan buat dia senang bila bersama dengan aku, sebab aku sayang gila kat dia Dhia..”

“ Oo..macam tue..Lina..ana nak tanya la..antara Allah dan buah hati anti, anti cinta dan sayang lebih kat sape?”

“ Wei..apa la soalan kau nie..mesti la Allah..Dia pencipta kita..”

Dhia merenung ke wajah sahabatnya itu sambil memegang bahu Azlina.

“ Lina..ana tanya anti sekali lagi, siapa yang anti paling cinta?”

“ Allah !!!”, jawab Lina.




“ Lin..betul ker??? susah ana nak percaya..”

“ Wei..apa nie Dhia..sahabat baik kau pun, kau xkenal ke? Kita kawan dari kecil, sekolah sama-sama..dan hinggalah sekarang..kita kan sahabat baik?”

“ Lina..law betol anti sayang dan  cintakan Allah, kenapa anti sakiti Dia?”

“errr…apa aku dah buat Dhia?”

“ Lina..kita selalu ke majlis ilmu, tazkirah..ana yakin anti tahu Lina..”

“ Aku masih tak tahu..” Wajah Lina berpeluh-peluh.

“ Cuba anti sebut apa yang Allah tak suka?”

“ Benda yang haram, buat apa yang Allah larang..bla..bla..bla..”

“ Anti couple, keluar berdating, berpegang tangan dan jalan berdua haram tak?”





Terkedu Lina buat seketika.

“ Lina..anti rasa-rasa Allah suka ke macam tue?”

Lina semakin menundukkan kepalanya.

“ Lina..kalau betul anti sayang dan cintakan Allah..anti sepatutnya buat macam anti buat kat buah hati anti..jge hati Dia, buat apa yang Dia suka dan tinggalkan apa yang Dia benci. Mana bukti anti sayangkan Allah? Padahal anti buat benda yang Dia tak suka…Inikah yang anti katakan kepada ana yang anti lebih sayang dan cintakan Allah?”

“ Dhia..aku tak sanggup kehilangan pakwe aku..”

“ oo…anti sanggup berjauhan dengan Allah..sedangkan tadi anti mengaku anti lebih sayangkan Dia???”

Lina semakin mengerutkan dahinya dan memandang sahabatnya itu.

“ Lina..fikir-fikirkanlah…apa tujuan Allah menciptakan kita. Tak lain, tak bukan adalah untuk menyembah kepada-Nya. Kalau kau nak terus bercouple dan teruskan dengan gaya hidup anti sekarang ini..anti jangan cakap kat ana yang anti cintakan Allah ! Itu namanya hipokrit.”

Tiba-tiba Lina terjatuh, tersungkur atas lantai, seolah-olah lututnya tidak berfungsi lagi. Bergegas Dhia mendapatkannya.

“ Allah..Allah..Allah..,” perkataan yang terbit dari bibir Lina.

“ Lina..ana sayangkan anti sebagai sahabat ana kerana Allah., ana nak bersama-sama dengan anti meraih redha dan cinta Allah, dan menuju syurga-Nya,”







“ Allahuakbar! Aku berdosa ! Aku berdosa ! Astaghfirullahalazim..Apa yang aku dah buat? Menyentuh lelaki yang bukan muhrim seolah-olah menyentuh babi..HARAM! Masyaallah..Dhia..Mulai saat nie, aku akan bertaubat..aku akan jadi pencinta-Nya..aku nak buktikan kepada Allah, yang aku betul-betul sayang dan cinta kepada-Nya..”

“ Alhamdulillah…bersyukur kepada-Nya yang membuka hatimu, wahai sahabatku. Kembali dengan taubat bukanlah kemunduran tetapi kemajuan, kembali dengan taubat bukanlah kelemahan tetapi kekuatan kawalan dan kembali dengan taubat bukanlah kesalahan tetapi kesedaran positif.”

“ Dhia..Allah masih mahukah untuk mengampuni dosa-dosa aku?”

“ Lina..dalam surah Asy-Syura, ayat 25-26, Allah telah berfirman :
Ertinya :
“ Dialah yang menerima taubat hamba-hamba-Nya dan mengampuni seluruh dosa-dosa dan mengetahui apa-apa yang kamu perbuat dan menerima ibadah orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan menambah kepada mereka dari kurnia-Nya. Dan orang-orang yang kufur, bagi mereka seksa yang pedih.”

          Akhirnya, mereka berpelukan ukhwah , menitis air mata kerana ingin menggapai cinta dan redha-Nya.

**********


Pembaca yang dirahmati Allah,

          Pengajarannya di sini, belum terlambat untuk kita bertaubat. Tahukah kalian bahawa suara yang paling merdu di sisi-Nya di akhirat adalah suara orang yang bertaubat kepada Allah s.w.t. Ingatlah, setiap detik perbuatan yang kita lakukan diperhatikan-Nya, Allah Maha Melihat. Bahkan, orang yang paling bodoh adalah orang yang masih melakukan maksiat sedangkan dia tahu ada malaikat yang sentiasa mencatit setiap amalannya. Marilah kita muhasabah diri. Moga-moga kita tergolong dalam kategori orang-orang yang beriman kelak.

Wallahualam.


by.M.A


♥ Terima Kasih Daun Keladi,Ada Masa Update Lagi ♥

Untuk pedoman bersama :)

....AYAH BELIKAN AKU SEBUAH KERETA.....





Umaira (bukan nama sebenar) adalah pelajar tahun akhir di sebuah intitusi pengajian swasta di ibu kota dan merupakan seorang anak kepada pengurus Lembaga Tabung Haji yang kaya raya. Ayahnya Haji Syawal walaupun kaya raya namun tidak lokek menderma dan bersedekah, beliau juga bersifat merendah diri dan tidak suka menunjuk-nunjuk kekayannya..Isteri Haji Syawal sudah lama meninggal kerana barah payudara. Oleh kerana Umaira tidak menyukai ibu tiri, maka tidak membenarkan ayahnya berkahwin lain dan ayahnya hanya menurutkan sahaja dek kerana sayangkan anaknya.


Berlainan pula dengan sikap Umaira yang gemar berfoya-foya menggunakan wang ayahnya, namun atas kasih sayang terhadap umaira, Haji syawal sentiasa memenuhi kehendak anak tunggalnya itu. Suatu hari sebelum pergi kuliah, umaira berkata kepadanya.


“ayah, minggu depan start final exam, kalu umairah dapat 3 pointer keatas, ayah blikan saya kereta ya?..”..pinta umairah, lalu ayahnya menjawab


“Insyaallah nak..”


Setelah tamat peperiksaan akhir, maka tibalah masa untuk mengetahu keputusan dan umairah mendapat keputusan cemerlang dengan pointer 3.87. Umairah sangat gembira dan terus menelefon ayahnya


“ayah, umairah dapat 3.87, ayah mesti tunaikan janji nak bagi saya kereta tau, saya nak kereta Toyota Vios, kaler gold tau ayah, bagi mase besday saya minggu dpan..”..ujar umairah


“insyallah nak..”...jawab Haji Syawal pendek


Hati umairah berbunga-bunga untuk menunggu minggu dpannya..


Hari ini genaplah umur umairah 22 tahun dan umairah menyambut harijadinya dengan menjemput rkan-rakan sekolejnya. Kesemua rakannya begitu taksub dan kagum dengan hadiah kereta yang akan umaira miliki sebentar nanti..sejurus kemudian ayah umaira balik, umaira menjengok keluar dan tidak nampak sebuah kereta Toyota pon...


Ayahnya masuk dan mengucapkan salam,


“ Assalamualaikum nak, ini hadiah haru jadimu”Umaira terkejut, lalu dibuka bungkusan itu, bukannya kereta, tetapi sebuah al-quran yang cantik bersulam kulitnya..dia memandang sekeliling dan mendengar ketawa kecil dari rakan-rakannya..


Umaira malu dan terus berlari kebilik meninggalkan semua orang...


Semenjak kejadian itu, umaira tidak pernah metergur sapa dengan ayahnya. Oleh kerana terlalu malu dan marah kerana ayahnya sudah menipu dan memalukannya umaira membawa diri ke Sabah tanpa memberiyahu ayahnya melainkan sekeping nota yang ditinggalkan bebunyi “aku nak ke sabah, kerja jauh dari sini”..Umaira mendapat pekerjaan disana sebagai setiausaha di Sebuah syarikat swasta...Haji Syawal berusaha untuk menguhubungi anaknya tetapi umairah berdegil tidak mahu berhubung lagi dengan ayahnya..


Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan tahun berganti tahun..Kini genaplah 4 tahun umaira berada di sabah, dia kini sudah berjaya memegang jawatan pengarah syarikat dan menjadi kaya..dalam tempoh itu sedikit pun dia tidak mengambil tahu hal ayahnya..


Suatu malam sebelum puasa, umaira terdetik hati untuk pulang dan membukyikan kepada ayahnya yang dia sudah berjaya walaupun ayahnya tidak mahu memberinya kereta. Lalu umaira mengambil keputusan untuk balik ke Semenanjung sehari sebelum Hari Raya


Umaira membayar tambang teksi, lalu mengangkat barangnya turun. Dihadapan Rumah nya dilihat suasana sudah berubah, pokok-pokok liar menjalar diserata tingkap rumahnya, semak samun semakin meninggi, rumah itu seperti sudah tidak berpenghuni..Umaira tertanya-tanya kemana ayahnya pegi, perasaannya mula tertanya-tanya, hatinya mula gundah..dia memberi salam namun tiada yang menjawabnya..Tiba-tiba terdengar suara


“anak carik siapa ?”...Umairah menoleh, rupanya jiran yang duduk disebelah rumahnya, dia tidak mengenalinya mungkin kerana jiran lama telah berpindah..


“makcik, ayah saya Haji Syawal mana?’’


“Haji syawal?, dia dah meninggal 2 tahun sudah nak”


Hati umairah tersentak, tubuhnya menggigil, air matanya mencurah-curah keluar..pandangannya kelam dan terus pengsan..


“anak, anak tak apa2 ker?.” Soal jirannya, rupanya umaira berada dirumah jirannya yang mengangkatnya kerana pengsan..Umaira menceritakan segala-galanya...semua terdiam...


Umiara membuka pintu rumahnya perlahan-lahan, perabotnya masih ada, tetapi sudah usang..semuanya lengkap...Umaira menangis tersak-esak, tiba-tiba dia teringat akan al-quran yang diberi ayahnya..umaira lalu mengambilnya dari atas almarinya yang tidak pernah disentuh sejak kejadian itu...al quran masih elok, umairah mengelap habuk2 dan mangucup al-quran tersebut..


“ayah, maafkan umaira, umaira mendoakan agar ayah bersama-sama orang beriman, umaira nak baca doa untuk ayah, nak doa bnyk-banyak utk ayah..”...


Umiarah membuka balutan al-quran tersebut, dan menyelakknya..tiba-tiba terjatuh sekeping kunci dari celahan al-quran tersebut, dia mangambilnya dan pada kunci tersebut tecatat tulisan “TOYOTA”...rupa-rupanya kunci kereta, dia membelek al-quran trsebut dan terdapat geran kereta yang tertulis nama anaknya disitu dengan sekeiping kad ucapan tertulis” selamat hari jadi yang ke-22 anakku”..ayah menghadiakan kamu dunia dan akhirat, al-quran untuk bekalan akhirat dan kereta untuk mkamu didunia..manfaatkanlah keduanya..”....


Umairah menangis teresak-esak dan sangat menyesali perbuatannya....dia meraung-raung sendirian dirumah usang tersebut..

~TAMAT~

 

"P/S: jadikan lah ia sebagai peringatan bt kita dan untuk diri sy juga...syurga di  
           bwah telapak kaki ibu,ayah adalah pintu syurga kita..jika ayah terluka,pintu 
           mana yg kita nak masuk di syurga nnt?"


        :semoga bermanfaat untuk semua..^_^

♥ Terima Kasih Daun Keladi,Ada Masa Update Lagi ♥

Barbie Dollzz

Semua!! :)


Hari ni Aisyah nak updte update blog ttg Barbie Dollzz..hehehe..mgkin ada di antara korang ( actually perempuan ) mesti suke Barbie Dollz kan :) ?? Haa!! pe lagi jom tgok gmbr Barbie Dolzz kt bwh ni!! Cute-cute aje tauu..!! Hermmm ^_^



 




 

















Hahahaha :)















































Haaa...camne ?? byk x hahaha!! comel2 aje tau Aisyah amik gmbr ni!! semuanye cute2 belake..Aisyah mmg penggemar Barbie Dollzz hehe..O.K !! just smpai sni je boleh update ! lain mse Aisyah updte update blog lgi yee!! B.Y.E  :*






♥ Terima Kasih Daun Keladi,Ada Masa Update Lagi ♥

Jom belajar bahasa Jepun 圼




Assalamualaikum semua..Hari ni Miss Aisyah nk ajr korang  bhase Jepun :)
Spe nak bljr bhse Jepun?? Angkt kaki !! Wahaha ..sje ajela !! keh3 !!
Memandangkan ramai pelajar yg ske tgok anime dgn kartun Jepun mcm Detective Conan,Dragon Ball,Doraemon,ShinChan and lain2 ,sahabat2 semue boleh la
belajar bhse Jepun kt cni scare prcume jew ..x byr pon! Kalau nk byr pon boleh jgk keh3 ..Sje aje la :))
Aisyah cume ajr bhse Jepun ni skit2 jew...lgipun bhn ni Aisyah copy & paste jew dri Google =P
lol!Semuge korang nk taw serba sedikit psl bhse  Jepun & trus berminat utk bljr lebih mndlm dlm bhse Jepun okeuh :) 



'Nihongo' bermaksud  bhse jepun kalo diterjemahkan dlm bhse jepun.


Pertame sekali,shbt2 semue mesti tau yg bhse jepun ade 3 jenis huruf:

1)Hiragana
2)Katakana
3)Kanji


Hiragana biase digunakan dlm bhse jepun.Kdg2 tu,Hiragana ni akan digunakan utk menterjemahkan sebutan bgi huruf kanji yg dipanggil sebagai Furigana.

Katakana plk digunekan utk bhse asing cth nk tulis nme kite dlm bhse jepun perlulah gune huruf katakana.

Kanji adlh huruf yang sentiase digunekan oleh org jepun.Huruf kanji adelah sprti huruf dlm bhse cina.Dan ianya terdiri drpda beribu-ribu huruf.Kanji jugak prlu mngmbil mase yg lme utk mahir dlm menyebut huruf2 trsbut & jgk kene byk mnghafal huhu :)


 

PERBUALAN DLM BHS JEPUN

Ohayou gozaimasu-selamat pagi
Konnchiwa-selamat tgh hari
Konbanwa-selamat malam 
Oyasuminasai-selamat mlm(diucapkan sblom tido)
Tadaima-sy dh balik
Okaerinasai-slmt pulang
Itadakimasu-diucapkan sblom makan
Gochisousamadeshita-diucapkan slps makan
Irasshaimase-slmt dtg
Ittekimasu-sy pegi dulu dan akan pulang
Wakarimasu-sy faham
Wakarimasen-sy x faham


p/s:ni link utk huruf hiragana.ganbatte ne!

http://www.learn-japanese-language.net/image/hiragana.gif

yg ni plak utk huruf katakana:

http://www.learn-japanese-language.net/image/katakana.gif





 
NOMBOR

ichi = satu
ni = dua
san = tiga
yon/si = empat
go = lima
roku = enama
shichi/nana = tujuh
hachi = lapan
ku/kyuu = sembilan
juu = sepuluh

juu-ichi = sebelas
juu-yon = empat belas
juu-roku = enam belas

nii-juu = dua puluh
hachi-juu = lapan puluh

hyaku = seratus
ni hyaku = dua ratus
san-byaku = tiga ratus
roppyaku = enam ratus
happyaku = lapan ratus
  








HARI-HARI DLM BHS JEPUN

Isnin-getsuyoubi (げつようび)
Selasa-kayoubi (かようび)
Rabu-suiyoubi (すいようび)
Khamis-mokuyoubi (もくようび)
Jumaat-kinyoubi (きんようび)
Sabtu-doyoubi (どようび)
Ahad-nichiyoubi (にちようび)


 


Tambahan sikit:

Hari ni- kyou
Esok- ashita
Semlm- kinou
Kelmarin- ototoi
Lusa- asatte
Pagi ni- kesa
Ptg ni- konban
Sekarang- ima



1.ARTIKEL 'NO'(の)

-の digunekan utk menunjukkan suatu brg/benda yg menjadi kepunyaan kite atau milik org.

cth:watashi no kazoku desu(わたしの かぞくです)
(ni keluarga saye)
   watashi no gakkou desu(わたしの がっこうせす)
(ni skolah saye)

2. ARTIKEL NO(の)
-の juge digunekan utk menunjukkan jenis sesuatu brg atau bende. Contohnye, gambar ade pelbagai jenis. Ade gambar menunjukkan bunga,haiwan dan sebagainye.

cth:watashi no arobamu(ni album saya)
watashi no hon(ni buku saye)






TABUN (MUNGKIN)

Tabun ni bermaksud 'mungkin'. Ianya diguna pakai utk menunjukkan sesuatu perkara yg mungkin akan berlaku.

CONTOH:

-Ashita no tenki wa tabun ii deshou.


Cuaca hari esok mungkin baik.

-Ano hito wa tabun nihonjin deshou.

Orang itu mungkin org Jepun.

-Kare wa tabun kaze deshou.

Mungkin dia demam.







JITSU WA (SEBENARNYA)

Contoh ayat:

-Jitsu wa watashi wa kekkon shiteirundesu.

Sebenarnya saya sudah kahwin.

-Jitsu wa watashi wa mada dokushin desu.

Sebenarnya saya ni masih bujang lagi.

-Jitsu wa watashi wa mada nani mo tabeteimasen.

Sebenarnya saya ni belum makan apa-apa lagi.



Perkataan baru:

Kekkon- kahwin
Dokushin- bujang
Mada- belum/ masih




MESTI (KANARAZU)

Kanarazu diguna pakai utk menunjukkan perkara yg mesti ataupun pasti akan berlaku atau dilakukan.

Contoh Ayat:

-Watashi wa neru mae ni kanarazu denki wo keshite neru.

Sebelum saya tidur mesti tutup lampu dulu.

-Hi wa sanso ga nakunaru to, kanarazu kieru.

Api mesti akan padam sekiranya kehabisan oksigen.

-Kaigai ni iku toki, kanarazu pasupooto wo motanaitoikenai.

Apabila pergi ke luar negara, mesti kena bawa passport.


Perkataan Baru:

Hi-api
Neru mae ni- sebelum tidur
Denki wo kesu- tutup lampu
Sanso- oksigen
Kieru-padam/hilang
Kaigai-luar negara
Pasupooto- passport





PUN ADA, PUN ADA (MO AREBA, MO ARU)

Cara penggunaan :

A-mo areba
B-mo aru

-A pun ada, B pun ada( pd kebiasaannya perkataan A dan B adalah berlawanan sifatnya).

Contoh ayat:

-Isogashii toki mo areba himana toki mo aru.

Masa sibuk pun ada, masa lapang pun ada.

-Sono mise ni wa yasui mono areba, takai mono mo aru.

Di kedai itu, barang yg murah pun ada, barang yg mahal pun ada.


Perkataan baru:

Isogashii-sibuk
Hima-lapang
Mise-kedai
Yasui-murah
Takai-mahal

sahabat2 semua bolehlah rujuk laman web-laman web di bawah utk belajar bhs Jepun ni dengan lebih lanjut:

www.freejapaneselessons.com
bahasajepun.com
thejapanesepage.com
www.italki.com
www.kanji-a-day.com
http://www.csse.monash.edu.au/~jwb/cgi-bin/wwwjdic.cgi?1C
www.learnjapanesefree.com
www.coscom.co.jp




Ganbatte kudasai!!





♥ Terima Kasih Daun Keladi,Ada Masa Update Lagi ♥