kelopak bunga

Kelebihan Surah Al-Ikhlas

........


Doa dapat pahala, terjauh godaan syaitan

Surah Al-Ikhlas disebut surah keselamatan kerana surah ini menyelamatkan orang yang membacanya dari kesulitan-kesulitan dunia juga sakratulmaut, menyelamatkannya dari gelap gelita kubur dan tragedi-tragedi hari kiamat.

Dari Abu Hurairah, Nabi SAW pernah bersabda "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas, seolah-olah ia membaca sepertiga Al-Quran"

At-Tabrani dan an-Nu'aim mengikhraj dari Rasulullah SAW, baginda bersabda "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas saat sakitnya yang menghantarnya pada kematian maka ia tidak berjamah fitnah di dalam kubur dan aman dari penyempitan kubur pula ia dibawa malaikat dengan tapak tangannya hingga melampaui sirat sampai syurga"

Terdapat banyak lagi hadis tentang fadhilat amalan membaca surah Al-Ikhlas ini. Di antaranya dapat pahala seratus orang pahlawan syahid (Hadis dari Ubai bin Ka'ab), terjauh godaan syaitan jika dibaca 10 kali selepas solat Subuh (Hadis dari Ali Bin Abi Talib), jika diamalkan membacanya semasa sakit hingga membawa kematiannya, maka akan terlepas dari siksa kubur (Hadis dari At-Tirmizi).

Kisah di dalam Ruhul-Bayan ada menyebutkan;

Pada waktu Nabi SAW di tabuk datang kepada baginda malaikat Jibril. "Rasulullah, saya khabarkan bahawa Mu'awiyah al Muzani ra telah meninggal di Madinah. Apakah engkau berkenan jika bumi ini saya lipat, agar engkau menyembahyangkan jenazah Mu'awiyah". "Boleh saja" jawab baginda, maka Jibril membentangkan sayapnya di atas bumi dan diangkatnya Nabi sampai Madinah lalu menyembahyangkan jenazah Mu'awiyah dan para malaikat menjadi makmum dua saf (barisan) dimana satu saf berjumlah tujuh puluh ribu malaikat.

Selesai sembahyang baginda bertanya "Oleh sebab apa Mu'awiyah berpangkat demikian tinggi?" Malaikat Jibril menjawab "Oleh kerana Mu'awiyah cinta dan membaca qul hu wallahu ahad sewaktu pagi dan petang, ketika berdiri dan duduk dan pada setiap gerak-gerinya."

Surah Al-Ikhlas juga mempunyai fadhilat melapangkan rezeki dan menolak kefakiran bagi pembacanya serta penghuni rumah dan tetangganya. Dalam kitab Sa'adatul Darain, Rasulullah SAW bersabda " Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas ketika memasuki rumah, maka hilanglah kefakiran penghuni rumah dan tetangganya" (HR At-Tabrani dan Ibnu Mas'ud).

Di dalam kitab Fawaid as-Syarji menyebutkan: Bahawasanya ada seorang mengadu tentang kefakirannya kepada Nabi SAW, maka baginda bersabda "Ketika masuk rumah bacalah surah Al-Ikhlas". Kemudian lelaki itu melaksanakannya dengan cara seperti itu, maka Allah SWT melapangkan rezeki kepadanya dengan berkat surah Al-Ikhlas.

Surah Al-Ikhlas jika dibaca 11 kali selepas tiap kali sembahyang fardhu, insyaallah akan ditetapkan iman.

Imam Hanbali rahimahullah berkata, barangsiapa yang melalui kawasan perkuburan dan menghadiahkan 11 kali surah Al-Ikhlas kepada penghuni kubur itu, maka ia akan dapat pahala sebanyak mana mayat yang ditanam disitu.

Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali pahalanya menyamai membaca 30 juzuk Al-Quran. Bagaimanapun bagi sesetengah orang ia menjadi berat untuk dilakukan oleh kerana banyaknya dosa yang ditanggung.

Mengikut pengalaman ornag yang mengamalkan surah Al-Ikhlas ini, apabila kehilangan sesuatu barang, bacalah surah ini sebanyak 21 kali sambil mencari barang tersebut.

♥ Terima Kasih Daun Keladi,Ada Masa Update Lagi ♥

Tips Penjagaan Kuku Agar Cantik dan Kemas




 Korang pentingkan penjagaan kuku tak? Bagi Aisyah kebersihan kuku amatlah penting. Melalui kuku juga kita dapat gambarkan perwatakan seseorang tu. Penjagaan kuku ni sama nilainya dengan penjagaan wajah, rambut dan kulit. Tapi tak ramai tahu cara nak jaga kuku sebab tak tahu pentingnya kuku kan. Menjaga kuku sebenarnya tak susah pun kita cuma kena sentiasa potong dan bersihkan kuku. 


Pentingnya menjaga kuku






Banyak keburukan yang datang kalau kita tidak menjaga kuku dengan sebaiknya. Antaranya adalah akan mendatangkan penyakit seperti cagu, kuku merekah, mudah patah, kusam, bewarna kuning atau hitam yang pasti menjejaskan penampilan kita.



Cara Penjagaan Kuku


1. Pastikan kuku dibersihkan selalu terutama bagi mereka yang sering melakukan kerja rumah seperti memasak. Jangan potong kuku terlalu pendek.



2. Rendam dalam air suam dapat melembutkan dan memudahkan kuku dipotong.


3. Gunakan alat khas untuk melicinkan permukaan kuku yang dipotong. Gosok kuku dengan kain untuk menanggalkan habuk yang tertinggal.


Sentiasa merapikan kuku
4. Pemakaian pelembap tangan dan kuku mengandungi vitamin C membantu mencantikkan kuku.

5. Minum banyak air dapat membantu mendapatkan kuku yang sihat, kuat dan cantik.

6. Sentiasa merapikan kuku agar sentiasa kemas dan rapi.

Petua Tradisional

Penjagaan kuku kaki amat penting
Kuku kaki kadang-kadang mudah berubah warna menjadi kehitaman atau kekuningan menyebabkan ia kelihatan tidak menarik. Cuba tuangkan cuka di atas kuku tadi dan gosok dengan kain lembut. Kemudian bilas dengan air suam. Pasti warnanya akan kembali berseri.



Boleh juga mencuba dengan menggunakan bawang putih yang dibelah dua. Gosok pada kuku kaki hingga warnanya kembali berseri dan berkilat. Kemudian bersihkan.

Tips Kecantikan

Jangan menggigit kuku.
Jangan amalkan mengigit kuku kerana itu hanya merosakkan bentuk kuku yang sedia ada.


♥ Terima Kasih Daun Keladi,Ada Masa Update Lagi ♥

Tips Penjagaan Hamster

 



Comel sangat2 hamster ni ala2 hamtaro tp lagi comel... Sebenarnya hobi nak memelihara hamster ni bermula lama sudah cuma perlu mendapatkan kebenaran daripada parents sebelum mula berjinak-jinak dengan hobi kita ni. Sebab kos untuk menjaga hamster ni agak tinggi sebenarnya. Kita perlu beli makanan, habuk kayu, vitamin supaya kebajikan hamster sentiasa dijaga... Tapi kalau nak berjimat, boleh bagi makan buah2an macam sengkuang, karot, semua jenis sayur2an yang bersesuaian (pastikan dibasuh dahulu supaya hilang racun perosak), buah2an tempatan, nasi pn boleh, telur (untuk menambahkan protein), roti, ap2 jer. Tapi coklat kurang sesuai.




Haiwan ini manja sebenarnya... Dia(hamster) tidak akan menggigit tuan dia melainkan kalau dirinya berasa terancam dan terkejut. Contohnya saya pernah digigit hamster kerana g kacau hamster ni masa dia th tido.. hehehe ( nasihat : jangan sesekali ganggu hamster ketika sdg sedap tido, sama jugak mcm kita tgh sedap tido, org kacau msti marah kn?) Kalau nak rapatkan hubungan tuan dengan hamster, selalulah bersembang atau bercakap dengan hamster kita. Dia akan kenal tuan dia kerana selalu meluangkan masa bermain dan bersembang dengan hamster ni.


Sekarang hamster ni dah kali ke-4 beranak. Buat pengetahuan semua, hamster jenis Syirian ni hanya memerlukan 14-16 hari untuk beranak. Jarang penangguhan dilanjutkan ke hari 17-18 melainkan ada sedikit masalah atau kali pertama hamster beranak. Dulu saya tak pandai jga anak hamster dan semuanya mati. Ada yg dimakan dengan ibunya dan ada yang mati sebab beli susu khusus untuk haiwan tp x sesuai sbb sistem penghadaman hamster tidak sesuai. Bagi yang kurang berpengalaman menjaga anak hamster, boleh layari internet dan search cara menjaga anak hamster. (tapi kebanyakan yang saya baca banyak versi indonesia)

Sekarang buat kali ke-4, hamster saya beranak. Kali ke-3 sebelum ini semuanya mati sbb saya kurang berpengalaman untuk menjaga anak2 hamster ni. Hari ni anak2 hamster saya semakin membesar. Ada 5 ekor semuanya (asal 7 ekor). Usianya hampir 2 minggu dan sekarang dah mula makan makanan yang diberi kepada ibunya. Berdasarkan pengalaman saya , Jika hamster mula menunjukkan tanda2 nak beranak (perut membesar, induk suka menggigit jeriji besi kandang seolah2 hendak keluar dari kandang) pisahkan dari induk jantan.(sebab kebarangkalian induk jantan akan makan anaknya sendiri adalah tinggi ) Letakkan ibu hamster bersama anak2nya ditempat gelap dan pastikan diberi bekalan makanan dan minuman yang secukupnya. Jangan selalu tengok hamster ni kerana tidak suka diganggu. Hmm.. tak sabar rasanya nak tunggu anak2 hamster ni membuka mata biasanya pada hari ke 14-16 dan membesar sepenuhnya...

nanti ada kesempatan saya akan bercerita lebih lanjut cara untuk menjaga hamster ni...Asslamualaikum..



♥ Terima Kasih Daun Keladi,Ada Masa Update Lagi ♥