kelopak bunga

Tips Penjagaan Kuku Agar Cantik dan Kemas




 Korang pentingkan penjagaan kuku tak? Bagi Aisyah kebersihan kuku amatlah penting. Melalui kuku juga kita dapat gambarkan perwatakan seseorang tu. Penjagaan kuku ni sama nilainya dengan penjagaan wajah, rambut dan kulit. Tapi tak ramai tahu cara nak jaga kuku sebab tak tahu pentingnya kuku kan. Menjaga kuku sebenarnya tak susah pun kita cuma kena sentiasa potong dan bersihkan kuku. 


Pentingnya menjaga kuku






Banyak keburukan yang datang kalau kita tidak menjaga kuku dengan sebaiknya. Antaranya adalah akan mendatangkan penyakit seperti cagu, kuku merekah, mudah patah, kusam, bewarna kuning atau hitam yang pasti menjejaskan penampilan kita.



Cara Penjagaan Kuku


1. Pastikan kuku dibersihkan selalu terutama bagi mereka yang sering melakukan kerja rumah seperti memasak. Jangan potong kuku terlalu pendek.



2. Rendam dalam air suam dapat melembutkan dan memudahkan kuku dipotong.


3. Gunakan alat khas untuk melicinkan permukaan kuku yang dipotong. Gosok kuku dengan kain untuk menanggalkan habuk yang tertinggal.


Sentiasa merapikan kuku
4. Pemakaian pelembap tangan dan kuku mengandungi vitamin C membantu mencantikkan kuku.

5. Minum banyak air dapat membantu mendapatkan kuku yang sihat, kuat dan cantik.

6. Sentiasa merapikan kuku agar sentiasa kemas dan rapi.

Petua Tradisional

Penjagaan kuku kaki amat penting
Kuku kaki kadang-kadang mudah berubah warna menjadi kehitaman atau kekuningan menyebabkan ia kelihatan tidak menarik. Cuba tuangkan cuka di atas kuku tadi dan gosok dengan kain lembut. Kemudian bilas dengan air suam. Pasti warnanya akan kembali berseri.



Boleh juga mencuba dengan menggunakan bawang putih yang dibelah dua. Gosok pada kuku kaki hingga warnanya kembali berseri dan berkilat. Kemudian bersihkan.

Tips Kecantikan

Jangan menggigit kuku.
Jangan amalkan mengigit kuku kerana itu hanya merosakkan bentuk kuku yang sedia ada.


♥ Terima Kasih Daun Keladi,Ada Masa Update Lagi ♥

No comments: